Sabtu, Disember 17, 2011

Assalamualaikum...

Beribu-berjuta-berbilion-bertrilion kemaafan dan terima kasih kepada mereka-yang masih sudi melawat blog-yang-tak-seberapa-menarik ni...

Dalam tempoh dua bulan ni..ini la first time kot saya update blog ni..

Duduk di rumah sepanjang masa..tanpa internet...memang sunyi..

Tapi..rumah tak pernah kesunyian ... kan?

Tak kan pernah kesunyian dari kerja rumah dengan kewujudan dua "makhluk buas tak ingat dunia"..

Huhu...rindu yang teramat sangat kat blog ni dan sekalian orang yang datang menjenguk..
Yang sudi membaca coretan luahan hati saya yang berjela-jela ni..

Berhari-hari lamanya saya menanti saat-saat untuk update blog ni..

Setelah berhari-berhari menjadi the-one-but-not-the-only-dependable-person-in-the house untuk buat kerja rumah..

Tak usah kata...babysitting, lipat kain, jemur kain, masak, kemas rumah dan everything-that-a-housewife-should-do semua saya dah buat..

~Maknanya aku ni dah jadi pembantu tak rasmi Umi dalam rumah..huhuhu..~

Being the-only-dependable-person(sebab akulah anak sulung, dan adik2 aku semuanya kecik2 lagi)
bukanlah kerja mudah..hampir tiap2 masa kena laung dengan Umi suruh tolong..huhu..

-Tapi tak rugi kan tolong orang..dapat pahala..sihatkan badan

Sekarang hampir tiap2 pagi saya bersama adik saya-darjah empat jogging round kawasan perumahn..nak kuruskan badan konon..tapi tengok macam result sama jer...tak berubah mana pun..huhu..entahlah..

Dan sememangnya dah lama dah tak jumpa kawan2 face-to-face..memang rindu tahap gila la...

Sekarang...menghitung hari untuk hari paling mendebarkan akan datang..22/12 ni..hari result PMR akan diumumkan..debaran hati ni kuatnya hanya Allah yang tahu...harapnya semuanya baik belaka..Amin...

Mungkin itu sahaja yang akan saya coretkan kali ini...sebelum terlupa..

Ingin saja diluahkan segala rasa tak puas hati dan kecewa kerana semua subjek Science:P:C:B dan ModMath:AddMath akan ditukar ke dalam silibus BM... :(..

Perkara ni pun saya tahu masa....

~Pada waktu tu...abah bersemangat sungguh nak ajar AddMath..
~Tapi abah kata kena beli buku teksnya dulu..sebab abah pun banyak tak ingat..
~Pergilah kami ke kedai Dewan Bahasa dan Pustaka..
~Sesampainya di sana...tuan kedai kata:"Science dengan Math tahun depan semuanya tukar dalam BM..."..
~Terus abah jadi low-spirited..
~Dan aku pun rasa macam nak low-spirited..
~Tapi aku sedar hidup ni mesti diteruskan juga..huhu..kalau aku low-spirited nak belajar macammana..

Oklah..setakat tu je kot..

Assalamualaikum..

Name Graphics

0 comments: