Pages

Sabtu, Februari 28, 2009

Muhrim

Muhrim atau Mahram (Bahasa Arab:محرم), ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin. Terbahagi kepada dua larangan iaitu :-
Larangan kekal (Muabbad)
Larangan sementara (Muaqqat)


Larangan kekal (Muabbad)
Larangan kekal (Muabbad) ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.

Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). (Surah An-Nisaa’ : Ayat 22)


"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
ibu-ibu kamu, dan
anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan
saudara-saudara bapa kamu, dan
saudara-saudara ibu kamu dan
anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
saudara-saudara susuan kamu, dan
ibu-ibu isteri kamu, dan
anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisaa’ : Ayat 23)


Larangan sementara (Muaqqat)
Larangan sementara (Muaqqat) ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.

Siapakah muhrim sementara (Muaqqat)?
Adik ipar atau kakak ipar.
Isteri kepada bapa saudara (emak saudara "sabit").
Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan muhrim sementara (Muaqqat) sama seperti hukum dengan bukan muhrim.Termasuk bukan muhrim ialah sepupu(anak kepada emak/bapa saudara), walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan muhrim. Tidak boleh bersentuhan atau bersalaman dengannya.

Aurat

Aurat (bahasa Arab: عورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis. Dalil Al Quran

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)”


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka atau
bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka atau
saudara-saudara mereka atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)”













"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)”

Dalil Hadis

"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)


Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)


Definisi
Bersandarkan dalil-dalil daripada Al Quran dan Hadis, aurat lelaki dan aurat perempuan adalah seperti berikut:-

Lelaki
Didalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat lelaki ialah diantara pusat dengan lutut, ini termasuk lelaki dan juga perempuan. Ini bermaksud mereka seharusnya menutup alat kemaluan dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi. Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi.

Wanita
Aurat wanita sangat komplikated dan berubah mengikut situasi:
Dihadapan mahram(saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan. ",Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut.Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.
Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat.Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum. Salafi muslims believe that a woman's awrah in front of unrelated men is her entire body including her face and hands.
Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Suara
Sesetengah ilmuwan berpendapat suara wanita juga adalah aurat.