Pages

Sabtu, Februari 28, 2009

Muhrim

Muhrim atau Mahram (Bahasa Arab:محرم), ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin. Terbahagi kepada dua larangan iaitu :-
Larangan kekal (Muabbad)
Larangan sementara (Muaqqat)


Larangan kekal (Muabbad)
Larangan kekal (Muabbad) ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.

Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). (Surah An-Nisaa’ : Ayat 22)


"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
ibu-ibu kamu, dan
anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan
saudara-saudara bapa kamu, dan
saudara-saudara ibu kamu dan
anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
saudara-saudara susuan kamu, dan
ibu-ibu isteri kamu, dan
anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisaa’ : Ayat 23)


Larangan sementara (Muaqqat)
Larangan sementara (Muaqqat) ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.

Siapakah muhrim sementara (Muaqqat)?
Adik ipar atau kakak ipar.
Isteri kepada bapa saudara (emak saudara "sabit").
Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan muhrim sementara (Muaqqat) sama seperti hukum dengan bukan muhrim.Termasuk bukan muhrim ialah sepupu(anak kepada emak/bapa saudara), walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan muhrim. Tidak boleh bersentuhan atau bersalaman dengannya.

0 comments: